Google memberi penghargaan pada Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari! (13 November 2014)

Hari ini 13 November 2014, Selesa adalah juga merupakan hari Internet Umbile U18 aku habis. HaHaHaHaHa. Tapi takpe, semalam dah top up. so, hari ni dia auto reload je ah. Actually, performance UMobile kat Putrajaya ni mcm okey jee. Yang jadi masalah adalah pada DiGi yang lately mcm haremzzz!!!!

Pernah dulu beberapa ketika DiGi ada gangguan kat sekitar presint 2. So, tak banyak yang boleh diperkatakanlah kecuali call depa dan tanya "Apa Ke Hei Nye Yeop?????"

Anyway bukan itu yang hendak diceritakan, cukuplah sekadar memenuhi format introduction sahaja :)

Kalau korang perasan, bagi yang menggunakan searching engine Google lah. muka depan website tu adalah gambar Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari berbentuk kain rentang di stadium. Oh! rupanya hari ini adalah ulang tahun hari kelahiran beliau. Sememangnya seorang lagenda bolasepak tanah air yang tiada ganti sehingga hari ini. Tambahan pula semalam prestasi Harimau Malaya juga tidak begitu baik semasa melawan menentang Syria. huh!


Beliau dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal pada 11 Julai 1991. So, pada generasi sekarang tak banyak yang berpeluang untuk menyaksikan sendir kehebatan beliau.

Apa-apapun, kita mengambil kesempatan ini mendoakan agar roh Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan di kalanggan orang-orang yang beriman, Insyallah, Amin.

Mee comply Diet Atkins! #LowCarbs


Bukan nak promote atau nak jual. (Posting ini tidak ditaja bayaran ni! hahahaha). Cuma nak sembang pasal benda ni je. Dinamakan sebagai Produk Kurus! Repack agaknya! Yang menarik adalah ianya rendah Karbohidrat yang mana amat sesuai untuk golonggan-golonggan yang mengamalkan diet rendah karbo. Menarik bukan?

Terdapat dalam berbagai bentuk (rasa sama je), Mee, Kuew Tiow, Nasi. Sebungkus harga dia RM4.70 (tak termasuk kos pos). FB supplier adalah Es&Ef

Kalau nak info lebih lanjut, boleh lah baca maklumat pada website syarikat ni.

http://lowcarb-gang.blogspot.com/2014/09/kedai-low-carb-online-produk-kurus.html

Produk:





Antara yang dikatakan adalah:

Meh kenal sikit produk Kurus. saja ja letak nama Kurus. Kurus adalah penjenamaan kreatif dari kami utk connect dgn kawan2 yg obese. Saja nak exagerate. Jgn silap faham. ni bukan ubat kurus..Apa ada dalam sepeket produk Kurus? Jangan risau, yang u all bakal makan ni, asal nya dari jenis sayuran iaitu Ubi Konjac. Bukan makanan mengarut la. banyak tumbuh di Japan dan China.

(1) 1g carb sahaja! Sesuai la untuk segala mak nenek jenis diet low carb termasuklah Atkins. Jangan risau. Tak akan ganggu ketosis. After all, masa induction bukan u all cari makanan paling low carb kan? 1g carb tak cukup low lagi? Bahan utama produk ni dari jenis sayuran juga. Siapa strict buat eat clean atau back to basic, sangat2 la sesuai untuk anda Ini hanya sayur yang diproses jadi bahan makanan sahaja.
(2) < 20 cal sahaja! Sesuai untuk diet kalori atau ramai yang panggil diet Kevin Zahari. muahahah
(3) ada 10g fiber. apa kebaikan fiber? elok untuk penghadaman dan bila makan ni cepat kenyang. Siapa induction tak makan buah kan? makan sayur pun kena sukat kan? ha, meh amik sumber fiber dalam produk ni yang u all perlukan masa induction tu. Ramai ngadu duk sembelit masa induction kan?
(4) Bahan penting dalam tumbuhan ini iaitu Glucomannan, dapat melambatkan rasa lapar, melambatkan penyerapan gula dalam darah sekaligus dapat merendahkan tahap insulin dalam glukosa darah. Keadaan asal yang bersifat gel berfungsi sebagai penahan selera semulajadi
(5) 0g kandungan gula dan lemak!
(6) Bahan utama dari sejenis sayur yang rendah kalori dan rendah karbohidrat. Sesuai untuk vegetarian dan pengamal makanan organik. Nanti kami buat dokumentari pasal sayur ni ok! Kat luar dah digunakan secara meluas.
(7) Halal! Bukan sijil halal sahaja, malahan sijil organik, diiktiraf sebagai bahan makanan yang gluten free.
(8) Tak lama lagi kami akan buat video untuk educate kawan2 tentang asal usul produk ini.

#myFitnessPal : Pantau apa yang anda makan!


Lama tak update blog. agak bersarang juga dibuatnya. So, bagi memastikan blog ini kekal releven, posting ini perlu dibuat hahaha.

Hal kali ini adalah mengenai apps yang boleh track-down jumlah kalori makanan yang diambil oleh kita. Jangan risau, ianya sememangnya FREE. Ia diberima nama MyFitnessPal. Boleh didapati dalam versi Appstore dan GooglePlay. Cuma, kat kedai Pak Mat je takde jual. hahaha

Seperti yang boleh diagak, apps ini kerjanya adalah untuk monitor jumlah pengambilan intake makanan kita berpandukan maklumat yang ada di dalam database mereka. Jangan risau, maklumaat makanan traditional kitaa juga ada turut disediakan seperti kuih-muih dan segala macam makanan Melayu. (Mostlylah). Dan kalau tak ada, anda juga boleh key-in secara manual. Ini bagi meningkatkan kefahaman kita mengenai apa yang kita makan sebenarnya.


Dipenghujungnya, kita mampu menganalisa ;
(a) kandungan nutrisi apa yang dibaham kita,
(b) Kawala jumlah kalori makanan berpandukan berat badan yang ideal
(c) memotivasikan diri dalam kawalan pemakanan


Walaupun apps ini hanya memantau kandungan pemakanan dan bukan jumlah kalori yang dibakar, rasanya ia memadai kerana kebanyakkan dari kita gagal untuk mengetahui keperluan pangambilan kalori yang sebenarnya diperlukan badan. Untuk ini, apps ini adalah sebagai tukang pemberitahu akan apa yang kita belasah dari pagi sampai malam. Cincai kira...bookeeping aaaa.

P/S.... Next post aku hapdate pasal tracker yang boleh kira jumlah kalori yang kita bakar melalui aktiviti fizikal termasuk berjalan. tungguuuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...