Google memberi penghargaan pada Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari! (13 November 2014)

Hari ini 13 November 2014, Selesa adalah juga merupakan hari Internet Umbile U18 aku habis. HaHaHaHaHa. Tapi takpe, semalam dah top up. so, hari ni dia auto reload je ah. Actually, performance UMobile kat Putrajaya ni mcm okey jee. Yang jadi masalah adalah pada DiGi yang lately mcm haremzzz!!!!

Pernah dulu beberapa ketika DiGi ada gangguan kat sekitar presint 2. So, tak banyak yang boleh diperkatakanlah kecuali call depa dan tanya "Apa Ke Hei Nye Yeop?????"

Anyway bukan itu yang hendak diceritakan, cukuplah sekadar memenuhi format introduction sahaja :)

Kalau korang perasan, bagi yang menggunakan searching engine Google lah. muka depan website tu adalah gambar Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari berbentuk kain rentang di stadium. Oh! rupanya hari ini adalah ulang tahun hari kelahiran beliau. Sememangnya seorang lagenda bolasepak tanah air yang tiada ganti sehingga hari ini. Tambahan pula semalam prestasi Harimau Malaya juga tidak begitu baik semasa melawan menentang Syria. huh!


Beliau dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal pada 11 Julai 1991. So, pada generasi sekarang tak banyak yang berpeluang untuk menyaksikan sendir kehebatan beliau.

Apa-apapun, kita mengambil kesempatan ini mendoakan agar roh Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan di kalanggan orang-orang yang beriman, Insyallah, Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...