Iron Man 3


Hari ni sempat juga melayan filem citer Iron Man 3 dengan family aku. Mula-mula memanglah excited nak menonton memandangkan sudah agak lama juga tidak ke panggung wayang. Tapi lepas menjeling ke trailer dia di www.imdb.com, seakan macam boring pulak. Seperti tidak menarik cerita ni. Aku kalau citer fiction dah masuk lebih elemen hati dan perasaan over limit, memang aku 'potong'.


Ok, berbalik kepada soal jalan cerita kisah iron man 3, plot jalan ceritanya tak banyak yang berubah, masih lagi soal musuh lama yg kembali ingin membalas dendam. Nampak sangat klishe' dan tipikal kisah superhiro yang semestinya 'Mengkehendakkan' watak orang jahat sebagai sparring partner. HaHa


Di sinilah akhirnya aku 'terkena', hanya kerana penulis mewujudkan watak orang jahat yg berimejkan seakan terrorist yg kebetulan berjambang (bernama The Mandarin). Seperti biasa aku terus menjangkakan bahawa ini adalah salah satu lagi propaganda Barat yang sinonim mengaitkan keganasan dengan dunia Islam. Aku mulai boring pada saat ini....


Di pertengahan cerita aku baru paham yang kisah ini sebenarnya membawakan mesej bahawa persepsi dunia yang sebenarnya mengaitkan keganasan dengan dunia Islam. Hakikat sebenarnya, si jahat tadi hanya mengambil kesempatan mentaliti usang ini dengan menunjukkan bahawa pihak ke-3 boleh mengambil kesempatan dengan melakukan keganasan (yang sebenarnya projek asal mereka yang tak menjadi, bukan matlamat untuk mewujudkan senjata) dan dalam masa yang sama si penjahat terlepas tangan dengan mewujudkan watak kambing hitam seperti imej osama bin ladin (the Mandarin) dan seangkatan dengannya.

Selebihnya, filem ini memenangi hati aku dari segi efek yang melampau kebatasan otak aku yang normal ini. Aksi penumpang airforce 1 yang tercampak keluar seramai 11 orang mendapat tempat untuk dinobatkan sebagai babak yang tidak patut anda lepaskan hanya untuk ke toilet.

Pergi lah menonton filem ni di layar besar. Memang berbaloi

p/s :---> tak sabar nak menonton cerita The Avangers 2 pulak. Macam mana keadaannya disebabkan oleh Iron Man yang dah seakan 'bersara'.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...