TP-Link Wireless Adapter (150mbps) model TL-WN727N

Memandangkan sekarang di Malaysia kita sudah ada pelbagai jenis pembekal perkhidmatan internet (ISP) berkelajuan tinggi seperti UniFi dan sebagainya, maka aku merasakan TV berskrin besar perlu di sambungkan dengan bekalan internet bagi mengoptimumkan potensi TV tersebut.

Bagi maksud tujuan itu, kita sudah semestinya memerlukan Tv tadi dihubungankan dengan PC sebagai player utama. Kenapa PC kerana keupayaan CPU untuk memainkan pelbagai jenis codec movie dan keupayaan surf internet. Kalau anda menggunakan Laptop yang kebanyakkan sudah dilengkapi dengan fungsi wifi, sudah tentu tidak ada sebarang masalah. Namun, sekiranya anda menggunakan CPU, anda akan mengalami masalah dengan capaian internet kerana anda harus mempunyai wifi adapter samaada PCI atau USB.

Dalam kes aku, aku memilih USB sebab ianya kecil dan mudah untuk disetup. Kali ini aku memilih TP-Link Wireless Adapter (150mbps) model TL-WN727N. Harganya cuma RM19.90 dan warranty 2 tahun. Ok lah kan...


Semasa pembelian aku pastinya benda ni compitable dengan windows 8 bagi tiada sebarang masalah di kemudian hari. TP-Link menawarkan banyak variasi untuk hardware ini, namun aku memilih yang minimum iaitu 150mbps... Sebab aku tak fikir akan aku banyak transfer data dari network sendiri. Sebaliknya hanya connection dari wifi router sahaja. Memadailah kot...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...