Ujian Katone Strips menunjukkan paras katone ada peningkatan


Kalau semalam indikator paras katone adalah pada small, tetapi hari ini telah meningkat sedikit antara small - moderate. (sorry, gambar lupa nak ambil). Inipun setelah amek masa 24 jam dengan mengamalkan clear diet (walaupun terambil gula & carbs yang belebihan sedikit kesan dari makan kopok lepor dan sos pencicahnya..hahah)

Apa-apapun, ada tanda positif yang peningkatan katone telah bermula sedikit-sedikit. Banyak orang memanggil proses ini sebagai Re-Induction, tapi aku malas nak guna term ini sebab pengulangan. Naik menyampahpun ada sebab sendiri yang cari pasal hahaha.

Okey! pada yang berpendapat kita mampu mengembalikan badan pada mode Katosis dalam masa 24jam selepas Cheat (Makan tak berpantang Carbs), aku rasa adalah fakta yang salah. Sebab ia bergantung pada jumlah pengambil Carbs yang dah terlebih langgar pantang itu sendiri. Kalau banyak ambil, seperti nasi dan roti...lagi lama lah ambil masa untuk kembali kepada mode ketosis.

Walaubagaimanapun, soal berat badan nampaknya ada positif, tidak naik-naik dan berlegar-legar pada 75kg. Selalunya diambil pada masa pagi sebab senang nak compare apple to apple. Ye lah! kalau setiap masa ambil bacaan sure lah berbeza sebab kita consume air dan makan atau sebaginya kan.

SekianG melaporkan untuk temnpoh DA yang dah masa bulan ke-2. Go Atkiners!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...